Menuju 5 Bintang

"Tips Untuk Mencapai Penarafan Web 5 Bintang "

Monday, April 27, 2015

Kriteria MGPWA / ProBE 2015

Apabila dilihat secara keseluruhan, terdapat perubahan yang tidak begitu ketara terhadap kriteria penilaian laman web tahun 2015 berbanding kriteria 2014 lalu.

Untuk tahun 2015 ini, ProBE menekankan kepada 2 kategori kriteria yang akan dinilai:

  1. Kriteria Mandatori
    • Kriteria ini akan dinilai oleh pihak MDeC
    • Agensi yang tidak memenuhi kriteria akan diturunkan ke taraf 3 bintang ke bawah
  2. Kriteria tidak Mandatori
    • Kriteria ini adalah penilaian kendiri (self-assessment) oleh agensi (layari laman https://mgpwa.mdec.com.my)
    • Tidak memenuhi kriteria akan menyebabkan kehilangan markah penilaian
    • Kriteria ini boleh membantu meningkatkan penggunaan Perkhidmatan Kerajaan secara Dalam Talian dan memperbaiki pengalaman pengguna.

Friday, April 24, 2015

MGPWA kini dikenal sebagai ProBE

Provider-Based Evaluation (ProBE) adalah kesinambungan kepada penilaian laman web agensi kerajaan yang dahulu dikenali sebagai Malaysia Government Portals and Websites Assessment (MGPWA) yang telah ditamatkan penggunaannya hingga tahun penilaian 2014. Mulai tahun 2015 ini, penilaian laman web agensi kerajaan ini akan mula dikenali sebagai ProBE.

Friday, April 17, 2015

Arkib Kriteria MGPWA

Malaysia Government Portals and Websites Assessment (MGPWA) adalah penilaian dan penarafan bagi laman web dan portal milik agensi kerajaan. Sesuai dengan agenda mewujudkan e-Government (capaian perkhidmatan kerajaan secara elektronik), MGPWA dijalankan secara tahunan bagi mengiktiraf dan menilai pencapaian laman web agensi kerajaan.

Bagi menyesuaikannya dengan perkembangan dan keperluan semasa, kriteria penilaian MGPWA dilihat berubah saban tahun. Berikut disenaraikan laporan perlaksanaan MGPWA dan senarai kriteria yang pernah dijalankan sebelum ini:

Laporan Penuh MGPWA 2014 kriteria 2014
Laporan Penuh MGPWA 2013 kriteria 2013
Laporan Penuh MGPWA 2012 kriteria 2012
Laporan Penuh MGPWA 2011 kriteria 2011
Laporan Penuh MGPWA 2010 kriteria 2010

Tuesday, March 20, 2012

Anda guna Joomla?

Joomla adalah sebuah sebuah CMS (sistem pengurusan kandungan) yang memudahkan pengurusan kandungan sesebuah laman web. Selain percuma, Joomla turut menyediakan pelbagai fungsi dan aplikasi tambahan yang boleh menambah nilai fungsinya.

Untuk pengguna Joomla, kriteria-kriteria ini boleh dipenuhi dengan bantuan extension yang tersedia untuk Joomla. Berikut disenaraikan beberapa Extension yang boleh digunakan bagi memenuhi kriteria tersebut:

Monday, March 19, 2012

Senarai Semak dan Pemberatan Markah (MGPWA 2012)

Berikut adalah ringkasan pemberatan (teras) markah bagi penilaian laman web agensi kerajaan bagi tahun 2012. Ada boleh menggunakan senarai ini untuk melihat sejauh mana laman web anda memenuhi kriteria ini.


NO. KRITERIA PEMATUHAN ( / X )
KANDUNGAN (25 markah)
1 No. Telefon
2 Alamat
3 Laman Web Rasmi / Portal Rasmi
4 Kiraan Pelawat
5 Penerbitan
6 Arkib Berita (tahunan)
7 Sebaran / Hebahan Terkini
8 Piagam Pelanggan
9 Tentang Agensi (about us)
10 Audio / video
11 Web Mobile
KEBOLEHGUNAAN (45 markah)
12 Panjang tidak lebih 3 muka
13 Sistem Carian (dalaman)
14 Respon atomatik bagi Maklumbalas 
15 Pautan MyGov
16 Pautan MSC Malaysia
17 Halaman bantuan (help/panduan)
18 Peta laman (sitemap)
19 Tiada Broken Link
20 Terkini/kemaskini (berita,makluman)
21 Paparan Berkategori (umum, staf, pelajar...)
22 Multi-Bahasa (BM / BI manual translate)
23 Capaian OKU
24 Tema setara (look & feel)
KESELAMATAN (5 markah)
25 Polisi Keselamatan dan Privasi
26 Single Sign-on
PENYERTAAN (10 markah)
27 Komentar / Respon
28 Teknologi tambahan (web 2.0 – RSS, SMS, Forum)
PERKHIDMATAN (15 markah)
29 FAQ – Soalan Lazim
30 Respon pertanyaan (tempoh 3 hari)
31 Perkhidmatan Online
32 Carian (pangkalan data – direktori staf)
Bonus Portal (5 markah)
33 Jumlah perkhidmatan online
34 E-Payment
35 Digital Certificate/ Trust Mark